Dalam program TV Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz
Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama
berikut merupakan antara nama-nama anak Jin dan disukai JIN.

Walaupun
sebutan nama-nama ini sedap didengar dan maknanya elok, menurut
pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir
dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit
misteri kepada seseorang yang menggunakan nya.
Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak anda semua:
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya
Peringatan
daripada Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka yang mempunyai nama-nama
seperti di atas TIDAK perlu menukar nama, tetapi cukuplah dengan menukar
nama panggilan.
Sebagai contoh, nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.
Namun,
sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri,
semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya
ketentuan-Nya…
Cuma
apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah, banyak kes pesakit yang
datang untuk mendapatkan rawatan, pesakit itu namanya sama seperti
nama-nama anak jin di atas.
Sebab itulah Ustaz Sharhan menasihatkan, elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu ‘dipakai’ jin.
Walau bagaimanapun, tidaklah salah atau berdosa jika sekiranya Anda Semua menggunakan nama tersebut…
Wallahu a’lam…